♥ Interview kerja kat OVERSEA ♥

Assalamualaikum

20.04.2012, Jumaat. Saya ade interview kat over the sea...hahahah (interview kat singapore), waktu saya pergi interview ke sana masih dalam pantang lagi, bermakna xberapa nak kuat lagi, sbb saya operation waktu deliver baby..so faham² je la bekas jahit tu masih basah lagi kot, tetapi demi mencari rezeki untuk sesuap nasi, saya gagahkan juga walaupun perit waktu ke sana.
Saya ke sana dengan menaiki public transport bertemankan suami terchenta yang menjadi GPS bergerak saya. 
Thanks sgt² pada beliau sbb sudi temankan saya ke negara orang sehingga sanggup apply cuti pada hari itu, bini ye dak tak kan nak biar sorang² kot, sape tak sayang bini kan?
Jadi pagi tu saya bangun awal untuk siap², sbb saya kena hantar puteri kesayangan kami dulu ke rumah kakak ipar, minta tolong dia jaga sepanjang hari tu. Lepas je hantar anak kami terus gerak ke sana. Dari rumah kami naik kereta sampai kidmart tampoi. Kami park kereta di situ. Dari situ kami menaiki bas sampai di Kastam Malaysia.
Sampai kastam Malaysia, kami turun untuk naik bas ke Kastam Singapore, lepas berebut² cop pasport kami terus amek bas ke Kranji. Di kranji kami jumpa kakak ipar yang sedia menunggu. Sampai ja di sana kami terus amek MRT ke destinasi pertama Katong Shopping Centre untuk berjumpa dengan Agent yang tolong cari kan kerja tu, apatah nama agensi tu, tak silap saya

JPB INTERNATIONAL SERVICES PTE LTD

Company tu la yang rekemen@tolong cari kerja untuk saya di
MUN SOON INDUSTRIES PTE LTD

Lepas interview dekat JPB serba sedikit pasal latar belakang, saya terus gerak ke MUN SOON. Di JPB saya di kenakan change@yuran sebanyak $25 (sing dollar) 
Sampai je di MUN SOON terus interview, Abis interview terus pergi makan dekat SIMEI. Lepas makan terus gerak balik. Seharian dekat sana kami abis $100 (sing dollar utk dua org) semata-mata untuk tambang naik public transport kat sana n sekali makan je??? xde pun shopping² k cuma window shopping je la yang dapat..huhuhu

Cuba korang bayangkan kalau dekat Malaysia, macam mana la agaknya kan..

Keesokkan harinya JPB call bagitahu saya dapat kerja tu...Ye Alhamdullillah...rezeki Elvina. Dia offer saya pun bagus n lumayan, bila di convertkan duit malaysia ± hampir RM6000.00, klu korang dapat sure korang pun nak kan!!! Tapi cuma MUN SOON tu risau dua perkara je

1) Dia risau sama ada saya boleh tahan atau tak IN n OUT EVERYDAY
2) Risau saya boleh balik lambat ke tak sebab saya ade anak kecil yang baru lahir..(travel everyday johor - singapore use public transport)

Jadi saya bagi la jawapan untuk soalan di atas tu

1) Do not worry, if they need me to stay back at the office, I can go  my aunt's house in woodland or my sister in law at kranji
2) My mother in law can take care of my children while I work

Then lepas dari hari tu sampai la sekarang mereka langsung tak de call lagi...PELIKKK. Sekurang-kurangnya bagi la status sama ada mereka boleh terima ke alasan yang saya bagi tu.
Memang geram saya, duit da habis, last kerja pun tak dapat jg.

Welcome to Singapore

Map untuk yang menaiki public transport (sumber dari google map)

Merancang perjalanan

Gambar sebagai bukti yang saya betul betul sampai kat sini..haha

Tunggu lift untuk turun, tak larat da nak jalan kaki banyak sangat...gunakan kemudahan yang ada sebaik mungkin!!!

Gambar candid dari suami, saya buat muka toya...hehe

Sedang memerhati ragam manusia di Singapura, tak ubah macam dekat kl.

Seronok sangat berbual dengan kakak ipar, sampai lupa gambar kena curi.

Haipp...banyak sangat gambar saya yang suka pejam mata..erm

MUN SOON INDUSTRIES PTE LTD

S.E.K.I.A.N

p/s = pengajaran untuk diri sendiri, lain kali pilih yang betul betul. Baru boleh decide sama ada nak pergi atau tak.

  ♥ Princess and Prince Story ♥
 Photobucket 
♥ Kalau anda suka boleh ♥

Comments

Popular posts from this blog

♥ Taktik mengurat isteri orang !!! ♥

♥ Kolej Yayasan Saad Melaka ♥

Renew lesen memandu