♥ Majlis IFTAR di Amansari Residence Resort Johor ♥

Assalamualaikum

Selasa bersamaan 24 Julai 2012 hari tu , office saya ada buat majlis berbuka puasa dan meraikan seorang rakan yang akan keluar dari company, beliau dapat offer dari SAJ (syarikat air johor). Tepat pukul 5 petang je selesai solat asar masing masing siap siap untuk keluar, sebelum kami ke tempat sebenar yang hendak di tuju, kami yang perempuan nye semua pakat nak singgah JUSCO TEBRAU dulu, sebab nak window shopping nak survey apa yang patut dulu memandangkan nak raya, tak banyak outlets pun kami sempat singgah. Dalam pukul 6.30 petang kami keluar dari Jusco dan terus gerak ke Bandar Seri Alam, di mana dekat situ la kami nak berbuka jap lagi.
Lebih kurang dalam pukul 7 malam kami sampai di destinasi yang sebenar iaitu

AMANSARI RESIDENCE RESORT 
BANDAR SERI ALAM JOHOR

besar juga tempat tu, belakang resort tu ada padang golf, sampai je kami lepak lepak dulu dekat hall sementara tunggu kawan kawan yang lain sampai. Bila semua da sampai baru kami masuk kat tempat di mana terhidangnya buffet buka puasa, tapi sebelum masuk kami di minta cabut satu no untuk LUCKY DRAW. (dalam hati wahhh best ni kalau dapat..hee)

sambil sambil tunggu yang lain sampai, kita bergambar dulu yuk..

ohhh saya yang paling kurus....hehehe

inilah calon gadis melayu untuk tahun depan..hahaha (berangan lebih ar..)

maaf ler ni gambar di ambil dari dalam kereta...nak tahu tentang resort ni lebih lanjut sila 


hahaha..kat atas tu untuk permulaan, pas abis ni second trip pulak..

pilihlah yang mana anda suka.

cuma satu je yang tak de dekat sini, kat resort ni tak de seafood (ala yang makan mentah mentah gitu then perah je lemon kat atas), lagi satu desert dia kat sini tak best langsung...tak sukanyeee..

Sedang enak menikmati juadah lebih kurang dalam pukul 8.30 malam sesi LUCKY DRAW pun bermula..

no pertama untuk lucky draw malam ni ialah...

147

no kedua 

167

dan no terakhir untuk lucky draw malam ni ialah (dapat hadiah yang paling lumayan antara tiga di atas)

193

lepas no di sebut je dengan cool je (cover muka dari terkejut..saya pun terkejut weiii) saya bangun dan bawa nombor 193 saya untuk mengambil hadiah tu... Saya bangun je semua terkejut saya yang dapat sebab mereka tak tahu yang no 193 tu saya yang punya.. 
nak tau tak ape hadiahnye???

...Yeay...

 1 night stay for two person in a DELUXE ROOM
THANKS TO AMANSARI RESIDENCE RESORT
(alhamdulillah rezeki anak)

 bergambar selepas berpuluh puluh kali tambah...huhuhu...perot pun dah kembung...kenyang sangat kot.
(dari kiri aqma, ella, fara, saya, kak y n ayuni)

KAMI..inilah rakan rakan sekerja saya semuanya melayu kecuali bos NON-MUSLIM

dari kiri bos (mr wong), said, ijam, hirzee

Thanks to Mr Wong yang sudi belanja kami makan untuk berbuka puasa and goodbye to ijam yang da dapat offer di SAJ

S.E.K.I.A.N





  ♥ Princess and Prince Story ♥
  Photobucket 
 ♥ Kalau anda suka boleh ♥ 

Comments

Popular posts from this blog

♥ Kolej Yayasan Saad Melaka ♥

♥ Taktik mengurat isteri orang !!! ♥

♥ Nama dalam tulisan JAWI ♥