♥ Pap smear tests ♥

Assalamualaikum


Hari tu El cukup 1 tahun el dapat hadiah dari doctor, injection for 1year. Tapi tak sangka pulak dengan saya saya sekali doctor bagi hadiah

Conversation with the doctor not with the prime minister

Doc : Awak dah buat pap smear

Awak : Belum doctor

Doctor : Awak sekarang period tak?

Awak : Tak doctor

Doctor : Period awak last bila?

Awak : Alamak saya tak ingat lah doctor, kejap saya ambil handphone (handphone pada suami)...saya ada record every month bila dan tamat tiap kali period

Doctor : Ok

Awak : Ok period saya mula 24/02 & period last 28/02

Doctor : Sebelum ni ada buat apa apa pembedahan tak?

Awak : tak de doctor, tapi baby lahir secara pembedahan

Doctor : Oh yang itu tak di kira 

Awak : Doctor agak agak sakit tak?

Doctor : Nanti awak masuk operation room, awak tau la sakit ke tak? (amboiii garangnya doctor ni, lagi la buat aku takut..aduhh)

Awak : Bukan ape doctor, saya ada dengar dari pengalaman ramai orang, kebanyakkan kata sakit.. tu yang risau tu (saya sambil senyum menerangkan kepada doctor, tapi dalam hati masa ni denyut jantung da dalam kelajuan pelari pecut negara..dah berdebar gila masa ni.)

Doctor : Ok takpe bagi baby injection dulu, sebab injection ni baby tak akan demam,  kemudian baru awak buat pap smear

Awak : ok

Jururawat : Nur afridayati binti Ismail

Awak : Ye saya (jururawat ni pon lebih kurang tanya beberapa soalan yang sama macam doctor tadi)

Jururawat : Ok awak tarik kain sliding tu, tukar kain batik yang ada dekat situ ye..tanggalkan ________ dan longgar kan ________

Awak : Saya masuk dah buat apa yang jururawat tu suruh

Jururawat : Awak dah siap ke? (jururawat tu menjerit di sebalik tirai itu, sementara melayan pesakit yang lain)

Awak : Sudah misi

Jururawat : Ok tarik nafas, dan free kan badan awak, saya tak nak awak keraskan badan ok.

Awak : Ok

(maka selesai lah saat saat yang mendebarkan itu, hilang satu beban..saya memang dari dulu degil dan takut nak jumpa doctor, kalau demam panas pon tak akan pergi, pernah dulu sampai suspek dengki masa study tu pun tak nak pergi jumpa doctor, rela bertahan sendiri..last nasib ada kawan yang perasaan waktu di bilik mandi dan kabarkan pada warden..tidak tak tahu la apa jadi kan masa tu)

Tak sakit pon, buat ujian pap smear tu...cuma ada rasa terkejut dan ngilu sekejap..

Keluar je dari bilik tu...suami cakap dekat anak, Elvina tengok ummi nangis, Elvina siap sengeh ketawakan ummi dia....mana ada la...terkejut je pon (padahal cover muka cuak tadi...maybe nampak macam nangis kot..hahaha)

ini spekulum (muncung itik), akan di masukkan ke dalam Vagina membolehkan ia terbuka

 cara spekulum di masukkan



sampel tersebut kemudiannya di sebarkan di atas slaid kaca dan di sembur dengan alkohol, seterusnya ia akan dihantar ke makmal untuk di periksa oleh ahli patologi
keputusan pap smear ini akan diberitahu sebulan kemudian..

Ok bye

Have a great weekend ahead everyone !!!







  ♥ Princess and Prince Story ♥
  Photobucket 
 ♥ Kalau anda suka boleh ♥

Comments

oya zihanee said…
uishhhh...ngerinyerrr...
Afri Ismail said…
@oya zihanee
hihi..tengok je ngeri oya..tapi xngeri sangat la..ngilu je..^_^
Anonymous said…
It's an remarkable paragraph for all the internet people; they will get benefit from it I am sure.

Also visit my website quick loans
Unknown said…
pernah terbaca pasal p.smear ni..tapi tak berapa faham lg..huhu. tgk gambar dah rsa ngeri
Afri Ismail said…
@Nana Liena..hehehe..dah kawin nanti faham la..haha..gambar memang nampak ngeri...biasa la gambar dari en google..edit lebih ni
Anonymous said…
tanggalkan ape dan longgarkan ape kak?
Afri Ismail said…
@Anonymous hahaha...soalan nakal yang pura pura tak faham

Popular posts from this blog

♥ Taktik mengurat isteri orang !!! ♥

♥ Kolej Yayasan Saad Melaka ♥

Renew lesen memandu