♥ Relaxation ♥

Assalamualaikum

Alhamdulillah..Rezeki 
^_^
Semalam jumpa client di Banafe Village.
Berhampiran dengan Banafe tu...ada satu Pusat Urutan Tradisional
Sebenarnya nak jumpa bos pusat urut tu, tapi memandangkan saya datang awal..saya pon lepak la kejap kat kat Banafe tu..sementara tunggu beliau sampai..
Jumpa atas urusan beliau nak buat business card and flyers untuk pusat urut beliau..
Bincang punya bincang close order untuk business card 1000keping...flyers dia minta design je..tapi nanti pandai pandai la saya cucuk suruh beliau printkan sekali.
Sementara beliau tengah sibuk tuh..Beliau minta saya cuba salah satu massage² yang tempat beliau tawarkan.
Mulanya saya taknak..segan la konon..pastu bagi alasan takut...sebab selalunya kalau tradisional punya memang nampak macam sakit..lagipon saya jarang sgt berurut.. ada la 3kali, masa nak kawin, masa tgh pregnant dan masa tengah berpantang lahirkan Elvina dulu..Ehh ada lagi masa tengah demam panas yg sgt terok, en hubby yang urut..Best en hubby urut...satu sebab kita boleh request lama2 n free je..hahaha.

Ok la, untuk tidak megecewakan beliau saya pilih untuk buat separuh badan je selama setengah jam, sebab sejak akhir2 ni badan cepat letih tambah2 dari bahu hingga ke pinggang...kebetulan pula raya hari sibuk tolong ibu pindah rumah baru..tak tau pasai apa..ke nak kena ambil supplement (haha padahal xde la tolong sangat..takat tolong masak n kemas skit2 je pon..lain semua adik2 yang buat maklumla sembilan beradikkan)

Perghhhh lepas urut tu rasa fresh sgt, pastu tengok kulit muka macam gebusss sgt plak...padahal ada je liang2 roma terbuka sebelum urut..lepas urut terus hilang tuh...ajaibbb..Macam ni nak datang urut selalu la..hihihi

Tukang urut sana original dari Indonesia...sebab tu tempat dia famous dikalangan chinese dan singaporean..sebab orang2 indon tu urut memang power...terasa keberkesanan dan sakit masa di urut tu..
Last bila datang kaunter nak bayar..Owner urut tu kata takpe dia belanja..
Alhamdulillah...rezeki rezeki rezeki..order pon close...massage pon dapat free
If korang nak try pi la sana

PUSAT URUTAN TRADISIONAL WIRAJAYA
NO 13B-09 JALAN DATO' ABDULLAH TAHIR,
80300 JOHOR BAHRU 
(NEXT TO BANAFE VILLAGE)

p dot s = terperasaan dekat belakang kaunter bayaran...ada keratan akbar pasal pusat urut WIRAJAYA ni rupanya ..artis pon banyak datang sini..nasib tak jumpa..tidak mesti dia orang minta sign saya...hahaha sape yang artis nih, perasan kejap..uwekkk...jangan lupa ye kedai ni buka sampai pukul 3pagi.

tuan punya kedai ni bagi idea lebih kurang macam dalam gambar tu la...ok idea dah datang..dah nak sambung kerja k.





  ♥ Princess and Prince Story ♥
  Photobucket 
 ♥ Kalau anda suka boleh ♥

Comments

Unknown said…
SELAMAT HARI RAYA..
JEMPUT SINGGAH KE BLOG SY YE
http://syuewana.blogspot.com
E'in said…
mahal x urut kat sini?

ein memang dh follow sini... :)
Afri Ismail said…
@syue wana
SELAMAT HARI RAYA JUGA
Afri Ismail said…
@E'in
ohhhh, harga hari tu saya urut separuh badan selama setengah jam rm15..tak tahu la mahal ke tak...sebab saya jarang berurut.

Popular posts from this blog

♥ Taktik mengurat isteri orang !!! ♥

♥ Kolej Yayasan Saad Melaka ♥

Renew lesen memandu