♥ Hilangnya Sebutir Bintang ♥

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
 Assalamualaikum


Al-fatihah
Kita kehilangan insan yg memperjuangkan islam....perginya tuan guru pada malam jumaat..semoga beliau ditempatkan di kalangan insan2 yg disayangi oleh Allah s.w.t

Sedih hiba sebak menangis. Perginya seorang ulama kita di dunia. Arwah di sanjung tinggi semasa beliau masih hidup. Sama sama sedekahkan alfatihah buat dirinya. Hmm menitis air mata. Tiada lagi pesanan dan melantang melawan penindasan kekejaman dan kezaliman. Allahurabi.

Beliau meninggal dlm keadaan husnul khotimah. Mereka yang (baik-baik dan soleh) meninggal dunia pada malam Jumaat atau siangnya berdasarkan sabda Rasulullah SAW: 

"Tidaklah seorang muslim meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat, melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah (siksa) kubur". [HR Ahmad dan Tirmidzi]

Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan ilmu begitu sahaja dari dada manusia tetapi Allah menghilangkan ilmu dengan mematikan para ulama'. Dengan ketiadaan ulama' manusia akan memilih pemimpin dari golongan yg jahil..
Nauzubillah...mohon dijauhkan

Ya Allah..sayunye rasa hati bile dgr perkabaran ini..moga Allah menempatkannya dalam kalangan hambanya yg soleh...

p dot s : Kalau kita nak petik bunga mesti kita akan pilih dan petik bunga yang cantik dan harum. Allah lebih mengetahui dan lebih sayangkan Tok Guru.

 ♥ King and Queen Story ♥ 
  Photobucket

Comments

Popular posts from this blog

♥ Taktik mengurat isteri orang !!! ♥

♥ Kolej Yayasan Saad Melaka ♥

Renew lesen memandu