بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum
Dari Anas ra, Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam
telah bersabda: Maksudnya: “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi
seorang hamba-Nya, disegerakan baginya kesusahan (balasan) sewaktu di
dunia lagi. Sebaliknya jika Allah menghendaki kejahatan bagi seorang
hamba-Nya, ditangguhkan pembalasan ke atasnya sehingga hari Kiamat.”
[Hadis riwayat At-Tirmizi: 2395, “Hadis Hasan”, Sahih Al-Jami’
As-Saghir: 308]
Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam
bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu
penyakit melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan
penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (HR
Bukhari, Muslim)
Dari Ummu Al-Ala', dia
berkata : "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjengukku pada
masa aku sedang sakit, lalu baginda berkata. 'Gembirakanlah wahai Ummu
Al-Ala'. Sesungguhnya sakitnya orang muslim itu membuatkan Allah
mengampunkan dosa-dosanya, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran
pada emas dan perak". (HR Abu Daud)
demam anak beranak namanya...mak dah baik...anak pulak.
2 3 hari lepas saya baru je baik dari demam...tinggal tekak perit dan kering skit..lepas tu berjangkit ke adik elzandra, elzandra dah baik..sekarang kakaknya plak elvina...Haishhh time2 ayah dia pi kursus la diaorg nak demam..memang tak tido nyenyak la seminggu ni...antara diorg berdua...kakak lebih independent...badan panas2 macam tu...boleh lagi bermain..kalau adik manja sesangat sangat...nak berkepit je ngan ummi dia..
p dot s : nset tak baik lagi...dalam delima either nak repair o beli aje yang baru...dah tanya, harga kena repair RM450!!! what the fish mahal yang amat lcd crack je pon (samsung S4)..ada survey jg macam best je OPPO OPPO ni.ermmmmm
k bubye
XOXO
Sebagai renungan untuk semua termasuk diri ini...
ececehhh..diri ini bagai plak.ahaks
Comments