♥ Resepi Udang Goreng Tepung bersama Ikan Udang Stim Tomyam ♥

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
Assalamualaikum

Sekejap je dah 1weeks ramadhan kan.
Selamat menjalani ibadah puasa uols.
Iols baru hari kedua puasa. Faham faham je la.
Ok kita straight share resepi juadah berbuka hari ni ye.

Bahan bahan Udang Goreng Tepung is

Udang
Tepung Jagung sedikit
Tepung Gandum
Serbuk perasa Pasti Sedap Knorr
Garam

Bahan bahan Ikan Udang Stim Tomyam is

Ikan
Udang
Pes Tomyam
Timun
Bendi
Daun limau purut
Limau nipis

Exceli sebenarnya bukan nak cerita pasal resepi pon. Resepi hari ni  saya share ape sy tau je selebihnya serah pada Master Chef kittew arini., sebab kita tolong masak nasi n masak air je arini. Sebenarnya nak cerita pasal husband mmg ringan tulang suka ke dapuq kittew.
Alhamdulillah.
Dah dua hari berturut turut husband masak sempena bulan puasa ni. Selalunya kami bergilir gilir berjoget di dapur walaupon bukan bulan puasa...semalam husband masak Asam pedas ikan bersama Nenas.
Kadang tu resepi dia memang pelik2 tak pernah di buat orang. Kadang tu tak boleh diterima tekak. Tapi rasa juga la sedikt tak nak bagi husband kecik hati kononnya.

Macam hari ni. Dalam sejarah seumur hidup tak pernah makan kulit udang even kalau makan dikedai pon. Tapi kali ni termakan juga sebab memang sedap dan rangup sangat. Tak tau la apa resepi tambahan dia.

Tomyam pelik dia pon sedap sangat sampai habis la saya bantai sayur bendi dalam tu. Peliknya dia boleh sekalikan ikan dengan udang tu, pehtu dia boleh pulak letak timun.
Memang tak pernah saya jumpa resepi ganjil cenggini tapi enak.
Hahaha.
Ke suami korang pon biasa buat benda2 ganjil ni.

Sebenarnya bukan nak bangga bangga kan sangat suami iols pandai masak rasa suami uols pon mesti lagi pandai memasak kan. Cuma saja nak share moment sweet2 dia dan ini cara saya berterima kasih pada husband. Malu nak cakap depan2 noks, malu ke ego???
Hahaha.. So iols buat la karangan pepanjang cenggini. Tapi uols jangan nak banding bandingkan pulak suami uols dengan suami orang lain. Setiap orang kan ade kelebihan masing masing. Dan setiap kelebihan diri tu kan tak sama. Maybe suami uols tak pandai masak tapi maybe pandai buat kapal terbang ke kan?.

Wah menjadi jadi plak iols update masa bulan puasa ni ye. Tapi update resepi je la dok ulang. Tengah tunggu husband ajak berbuka puasa di Hotel ni. Entah ada entah tidak tahun ni macam tahun tahun sebelum ni.

Resepi kat atas tu mungkin tak lengkap yela iols tak sempat nak curi curi masok dapur tengok husband masak. Kot ada terkurang pandai pandai uols la nak men modified kan nye ye. Mungkin boleh jadikan sebagai idea apa nak masak untuk hari hari seterusnya ke?

Sekian ~



 ♥ King and Queen Story ♥
Thank you for reading this entry !  
  Photobucket

Comments

Popular posts from this blog

♥ Taktik mengurat isteri orang !!! ♥

♥ Kolej Yayasan Saad Melaka ♥

Renew lesen memandu