بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum
Sebak baca statement brother ni.
Pernah sekali tu dekat Malaysia, aku order delivery Dominos Pizza.
Waktu aku bukak gate rumah termengah-mengah budak India tu lari bawak tiga tindihan kotak pizza.
“Sorry Abang, lambat sikit. Sorry sangat bang.”
Aku pelik. Aku suruh dia rileks, aku takkan marah sebab makanan tu lambat hantar sikit, bukan lebih setengah jam pon.
Mungkin polisi Dominos Pizza kalau delivery boy tu lambat hantar pesanan, budak tu kena potong gaji, atau mungkin pelanggan dapat extra pizza atas kelewatan. Tak pasti.
Petang tadi aku ada hantar dokumen urgent ke satu company Guangzhou, aku pakai Didi (macam Grab kat Malaysia).
Tempat tu takdelah jauh mana, tapi dekat sejam lebih kereta tu tak sampai ke tempat sepatutnya. Aku call, aku tanya dengan suara tegas. Driver tu cakap dia salah jalan dan tak jumpa bangunan.
Baru je tadi, driver Didi tu call 3-4 kali, last call baru aku angkat. Dia macam merayu kat aku jangan bagi feedback buruk dekat servis dia. Padahal aku memang jenis malas bagi feedback. Aku bukak app Didi terus bagi dia lima bintang.
Kadang aku faham, orang yang kerja dalam sistem dan polisi syarikat ni, terpaksa ikut rules dan peraturan syarikat untuk jaga nama baik dan reputasi syarikat dia. Diorang takut kalau ada pelanggan bagi feedback atau review buruk ke atas servis dia, dan syarikat akan hukum dia, atau mungkin pendapatan dia akan berkurang.
Kita kena faham, diorang ni berada di dalam golongan orang yang cari makan, yang bergantung sepenuhnya feedback dan review dari pelanggan. Ada yang terpaksa harung hujan ribut untuk hantar makanan. Ada yang sampai kena saman trafik sebab tunggu customer datang lewat. Ada yang sampai bertarung nyawa celah lori semata-mata nak hantar dua gelas air.
Bersyukurlah kau, kerja bawah aircond, ada ijazah ada kepujian ada degree. Ada orang tak berapa beruntung untuk dapatkan pendidikan tinggi macam yang lain dapat kerja sedap, terpaksa bertarung nyawa tengah jalan, terpaksa jaga nama baik Company untuk suap anak bini makan.
Kalau ada delivery boy hantar makanan ke rumah kau, bagilah tips (duit) lebih. Lima Ringgit ke, 10 Ringgit ke. Mana tau duit tu dia bagi anak dia makan telur dadar esok. Berlarutan beb pahala kau. Kalau boleh, duit balance pizza tu kau tak payah ambek pun takpe.
credit post to : Mag Malaya Ahmad
photo credit to : RibutApi Photography
♥ King and Queen Story ♥
Thank you for reading this entry !
Comments