CINTA YANG MENANG

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
Assalamualaikum

CINTA YANG MENANG
Siapa tidak kenal Salman al Farisi. Hero perang khandaq. Pencetus idea menggali parit hingga kemenangan menjengah.
Ramai tidak tahu cintanya pada sekuntum bunga ansar impian hatinya. 
Walau seorang pahlawan tapi takut dan malu tetap bersarang dihatinya untuk memetik bunga yang asing dari bangsa nya. 
Namun cinta tidak dapat ditahan. “Lalu bagaimana?” Bisik hati nya.
Dia teringat sahabatnya Abu darda. “Mungkin Abu Darda boleh membantunya.” Hatinya berbisik lagi.
“Alhamdulilah akhi.” Ujar Abu Darda pada Salman bila Salman menyuarakan hasratnya.
“Sudah pasti ana akan membantu anta.” Teruja Abu darda untuk membantu hasrat sahabatnya.
Persiapan telah sedia. Maka berangkat lah kedua sahabat itu untuk menyatukan cinta Salman yang kian berkocak.
“Kami datang ini adalah dengan tujuan untuk meminang anak Tuan bagi sahabat ana Salman AlFarisi.” Abu Darda memula bicara dirumah gadis tersebut.
“Alhamdulillah. Syukur banyak pada Allah. Kami amat berbesar hati dengan hajat Tuan. Bagi ana tiada masaalah dan ana menerimanya.” Ujar Ayah gadis itu.
“Jadi, bila boleh di langsungkan?” Tanya Abu Darda lagi dalam keadaan gembira.
“Sabar dulu akhi. Ana terima pinangan ini tapi ana perlu mendapat pandangan anak ana dulu.” Kata Ayah gadis itu.
Ayah gadis itu pun beredar kebelakang hijab untuk bertanya persetujuan anaknya. 
Beliau keluar dalam keadaan yang tidak gembira.
“Maaf ya akhi. Ana dan isteri ana perlu berterus terang. Jujurnya anak perempuan kami menolak pinangan Salman, ” Kata si ibu yang ada di situ.
Salman al-Farisi tunduk. Sudah pasti sedih dengan keputusan itu.
Tiba tiba bapa gadis itu bersuara, “Kami memahami, antum berdua datang kerana keredhaan Allah dan itulah keputusan anak gadis kami kepada Salman. Tetapi anak gadis kami tidak akan menolak jika Abu Darda’ sudi untuknya.”
Abu Darda tercengang. Salman dipandangnya. 
Salman tersenyum sambil berkata,” Jika begitu keadaan nya semua hantaran emas kahwin ini ana berikan kepada Abu Darda. Dan ana gembira dengan keputusan ini dan pasti hadir waktu langsung nya nanti. 
Waduhhh ... besarnya jiwa Salman.
Andai lelaki biasa, sudah pasti terguling kecewa. Atau mungkin panjat kebumbung terjun ketanah. Tapi tidak bagi Salman! 
Begitulah hebat jiwa para sahabat! Cinta bagi mereka adalah bukan untuk kebahgiaan sendiri tapi untuk membahgiakan orang lain!
Aku percaya diluar sana ramai yang sanggup mati demi cinta. Tetapi berapa ramaikah yang sanggup hidup demi cinta?
Benar kata pujangga. Pencinta sejati tidak akan pernah kalah!
#muharrikdaie
@sindiransigadis gambar sekadar hiasan ya !





 ♥ King and Queen Story ♥ 
Thank you for reading this entry !  
  Photobucket

Comments

Popular posts from this blog

♥ Taktik mengurat isteri orang !!! ♥

♥ Kolej Yayasan Saad Melaka ♥

Renew lesen memandu