𝐓𝐢𝐠𝐞𝐫 𝐛𝐚𝐬𝐞𝐜𝐚𝐦𝐩 𝐒𝐞𝐝𝐢𝐥𝐢 𝟐𝐃𝟏𝐍 | 𝟐𝟖-𝟐𝟗 𝐌𝐚𝐫𝐜𝐡 𝟐𝟎𝟐𝟏

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
Assalamualaikum

Morning gais. 
Indahnya ciptaan Allah 😊
7am view at Tiger basecamp 





Gambar kat bawah ni sebelum bertolak, Bismillah 2D1N onz. 
Dia pya barang macam nak pindah wei. 
Macam xnak blk dah gayanye. 🤣🤣🤣 
Malam ni check in umah mil dulu, 
Sok sambung perjalanan.


Member khabor, amek pic kat sini malam malam lagi lawo. Sebab ade lighthing kat words tu 😍 #pandanganmengadaplaut #tbc #part3 #simpansinibuatkenangan





Pandangan membelakangkan laut, 
Meriah kat sini, tak risau sangat sebab ramai yg camping, lebih selamat sbb private #tbc #part4😊





Ade pokok rhu@pine gais, dekat dgn pintu masuk ni ade toilet. Siapa yang ade anak anak kecil. Kalau nak camping sini tak payah risau. 
Tempat mandi pon ada tau. Cuma kena beratur la kejap, sebab kita pi bercutikan time school holidaykan so time pick hour tu mmgla ramaikan.  
.
Kalau nak dekat dgn toilet datang ler awal sikit. So dapat la chop tempat nak bentang khemah kat depan depan skit. Ala kalau jauh dari toilet pon xpe, xseram pon sebab byk lighting kat sini. Xla gelap gelita dan tak sunyi, ada yang karaoke sampai pagi tau, tapi tak ganggu kami pon, yang ada baby pon lena je  #tbc #part5😊










Saya share berdasarkan pengalaman saya je, pengalaman masing masing kan xsama. 
.
Laluan nak masuk camp ni agak extreme sikit. Tapi iols is suka je. 😍😍😍
Memula nak masuk sini memang keliling kelapa sawit. Panas berdenting baq hang. 
Korang follow je map & signboard tu nanti sampai la.





Sesi set up. Cari tempat nak bentang khemah.
Triple EL la yang paling teruja, sebab pengalaman pertama diorg tidur dalam campsite. 😅
.
Tak dapat nak update ontime.
Biasalah busy menikmati keindahan alam.☺
Oh kalau kat sini line celcom je ok tau dpt la update sikit-sikit kat status ig sbb nak jimat bateri, malamnye dapatlah buat live sekejap.
.
Yang pakai line digi n umobile out terus.
Maxis saya xsure. Yang xdapat nak fb live pi la minta kat kawan yang ade banyak lagi datanye. Hahaha 😅  Elvina xde sebab tgh rekod bideo







View dari campsite kitaorg yg dah siap set up.
Kami ke sini 8 family.
Nak masuk sini kena bayar RM10 tak kira dewasa ke kanak kanak.
Khemah kalau nak sewa ade je RM50 besar pon besar. Kami bawa sendiri je jimat. 😅
.
Set bbq RM30, kalau xnak sewa boleh je bawa sendiri. Makan pulak collect RM25 per family, laki kite yg settle kan bab makan, dia la beli, dia la perap dan dia la masak untuk makan malam tu. Yang lain ade je bawa peralatan lain contoh generator (senang cas phone) 😅 hehe, air mineral, hadiah untuk game, cikedis & etc
.
Kalau utk main cost bbq, laki kite settlekan. Agaknye dia yg offer diri kot, dia kan setiap malam niaga burger & western food so senang tinggal angkut je dapur, tong gas n meja lipat tu😊
.
Kalau nak tambah meja panjang, kerusi panjang tu add on je nanti. Contoh meja, kerusi panjang and tempat bbq ade dalam gambar. 
#DahLamaGilerTakBuatReviewGiniWei #simpanbuatkenangan #tbc #part8 #amekmoodnakupdate









Selfie time after siap keluarkan semua barang barang n susun susun apa yang patut !!!  #tbc #part9 #simpansinibuatkenangan





















 
*sok saya sambung lagi ye, edit gambo jap*

Aktiviti tepi pantai dan mandi laut. 
#tbc #simpanbuatkenangan #part10




















Malam aktiviti bbq dan sukaneka kanak kanak dan sukaneka bapak bapak. mak mak busy jaga diorg. hahaha






Dua beradik ni bolot hadiah malam tu.
Elvina menang pertandingan mewarna no 2 dan kerusi beracun no 2 juga. 
.
Elzandra menang tiup belon paling besar no 1 dan kerusi beracun no 3. 
.
Elys tukang merajuk sbb tak menang game 1st, lepas tu give up xmau join games lain dah 🤣🤣🤣
#aktivitikanakkanak #sukaneka #simpanbuatkenangan






Moment tidur dalam khemah, lepas hujan lebat baru lena memasing memasing.










Sesi bergambar kanak kanak

sesi bergambar mak pak, xsemua ni ade yang dah balik.



Check out, good bye till we see you again. Sticker tu penduduk situ yang bagi. Ustaz tu cakap lepas raya nanti lagi cantik laut jadi biruuu

Jom tengok video penuh dalam youtube, jangan lupa subcribe!




 ♥ King and Queen Story ♥ 

Thank you for reading this entry !  
  Photobucket

Comments

Popular posts from this blog

♥ Kolej Yayasan Saad Melaka ♥

♥ Taktik mengurat isteri orang !!! ♥

♥ Nama dalam tulisan JAWI ♥