PDPR Pendidikan Seni Visual Tahun 1 | Penghasilan karya Renjisan dan Percikan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
Assalamualaikum

PDPR Pendidikan Seni Visual ( Sambungan tajuk Renjisan dan Percikan)
Tarikh : 27.7.2021

Hari ini murid dikehendaki menghasilkan sebuah karya  Renjisan dan Percikan mengikut
kreativiti masing - masing. Murid dikehendaki menghasilkan sebuah karya renjisan dan Percikan berdasarkan tema yang diberi.


Tema : Rumah saya yang cantik


Bahan dan alat yang diperlukan
1. Kertas lukisan
2.Warna air
3. Palet
4. Berus gigi ( Lama)
5. Berus lukisan.
6. Kertas A4
7. Gunting





Langkah - langkah


1.Sediakan alat dan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan karya REnjisan dan Percikan.
2. Lukiskan rupa rumah anda di atas kertas A4 dan rupa yang anda perlukan mengikut kreativiti masing - masing.
3.Guntingkan atau potong rupa yang anda lukis di atas kertas A4 dan simpa.
4. Sediakan kertas lukisan dan bancuh warna air.
5. Letakkan rupa ( Stensil) yang anda potong di kawasan yang sesuai di atas kertas lukisan.
6. Mula membuat Renjisan atau Percikan dengan mengunakan berus yang sesuai.
7. Ulang langkah di atas dengan mengunakan rupa atau warna air yang beza.
8. Keringkan karya anda
9. Pamerkan hasil karya anda.

Selamat mencuba
( sila menonton video demostrasi di bawah untuk mendapat gambaran yang lebih jelas)

  • Pamerkan hasil karya anda di ruang yang cantik dan tangkap gambar.
  • Hantar gambar hasil karya anda di google Classroom.( Di sini)
PERHATIAN!!! <3


Murid yang dah terima dan baca tugasan  pendidikan seni visual untuk hari ini
diminta untuk tulis nama penuh anda di ruang Comment dibawah bagi
tujuan kehadiran.









 ♥ King and Queen Story ♥ 
Thank you for reading this entry !  
  

Comments

Popular posts from this blog

♥ Taktik mengurat isteri orang !!! ♥

♥ Kolej Yayasan Saad Melaka ♥

Renew lesen memandu