بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum
PDPR Pendidikan Seni VisualTarikh : 24.8.2021
Sempena bulan kemerdekaan kita akan hasilkan Layang- layang yang bertema Malaysia Prihatin.Tema : Kemerdekaan ( Malaysia Prihatin)Alat dan Bahan yang diperlukan.1. Kertas lukisan atau surat khabar lama.2. Lidi3. Pita Pelekat4. Gunting5. Benang6. Pensil warna7. Pensil
Cara membuat layang - layang1. Lipat dan potong kertas ikut bentuk layang - layang. Semasa lipat pastikan bahagian kiri dan kanan seimbang.2. Lukiskan gambar berdasarkan tema Kemerdekaan di kertas yang telah dipotong.3. Warnakan gambar yang telah dilukis.4. Buat kerangka layang-layang dengan 2 lidi dan satukan secara menyilang.5. Kemudian ikatkan rangka tersebut menggunakan benang pada bahagian bertemunya 2 lidi tersebut.6. Sambungkan setiap hujung lidi dengan benang atau pita pelekat yang akan membentuk seperti segi empat7. Kemudian tampalkan kertas yang siap warna dengan menggunakan pita pelekat atau gam pada keseluruhan kerangka layang-layang8. Ikatkan benang pada kanan, kiri dan bawah layang-layang untuk dijadikan sebagai teraju9.Siap. Selamat mencuba.( sila menonton video demostrasi di bawah untuk mendapat gambaran yang lebih jelas)- Pamerkan hasil karya anda di ruang yang cantik dan tangkap gambar.
- Hantar gambar hasil karya anda di google Classroom.( Di sini)
PERHATIAN!!!Murid yang dah terima dan baca tugasan pendidikan seni visual untuk hari ini
diminta untuk tulis nama penuh anda di ruang Comment dibawah bagi
tujuan kehadiran.
♥ King and Queen Story ♥
Thank you for reading this entry !
Comments