Posts

♥ Kerisauan ummi yang berpenhujung ♥

Image
Assalamualaikum N ak jadikan cerita, 3 hari yang lepas adalah kali ke-3 saya cuba bagi susu formula cap lactogen kepada puteri kesayangan saya, tujuan nya untuk ajarnya supaya biasa dengan susu formula sebab tidak lama lagi saya akan kembali semula berkerja yang sudah empat bulan lamanya saya bercuti. E lok je saya bagi yang tak sampai 1/2 oz puteri saya minum, dia terus memuntahkan semula, padahal ini bukan kali pertama saya mencubanya...terkejut saya...tak pa mungkin sbb dia terlalu kenyang kot, kerana setengah jam sebelum tu saya baru lepas breastfeeding untuknya...dalam 10-20 minit lepas tu, dia pun muntah untuk kali ke-2nya...(hati saya dah mula risau)...saya biarkan dalam 1jam, kemudian saya cuba breastfeeding kan nya sekali lagi...elok je dia minum dalam 5 teguk...dia muntah untuk kali ke-3..saya makin gelisah dan cemas...jadi saya berhenti dan biarkan nya...dan sejak hari itu jg la puteri kesayangan saya tidak membuang air besar...sehingga la hari ini nak masuk hari ke-4...say

♥ Cukup 44 hari saya berpantang ♥

Image
Assalamualaikum S emalam 26 April 2012 maka cukup la 44 hari saya berpantang di Johor,di jadikan cerita semalam jg la saya balik ke kampung ibu saya bersama adik, dan anak saya yg baru berusia 44 hari. Kami balik dengan menaiki bas ekspress sahaja memandangkan suami saya tak ikut balik. Nasib ada adik saya yang masih belajar di pasir gudang  yg boleh temankan saya dan anak saya. Semalam juga la hari yang paling menyakitkan hati kami bertiga, mana tak nya perjalanan kami balik kampung menaiki bas memang banyak dugaan dan mencabar kesabaran kami. Saya pun tak tau dari mana saya nak mulakan cerita. B egini ceritanya, pukul 8 pg kami dari rumah gerak ke stesen bas larkin johor bahru untuk balik ke kampung halaman. Sampai je stesen larkin kami benti sarapan pagi dulu. Lepas sarapan pagi, adik saya pergi ke kaunter bas untuk mengesahkan tiket dan mendapatkan no bas yang patut kami naik. Ok no bas kami dah confirm A ** 6767 (memang sengaja saya hightlight kan). Kami pun naik la  bas tu

♥ selamat beramal moga beroleh kebahagian kelak ♥

Image
Assalamualaikum ۞Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.  ۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.  ۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.  ۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.  ۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur. ۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan. ۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.  ۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.  ۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.  ۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was. Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-  ۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...  ۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga. ۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah. ۞ Ketika anda memaham

♥ Bermandi manda di BURMESE POOL ♥

Image
Assalamualaikum C erita kami bermandi manda di Burmese Pool ni pada hari raya pertama tahun lepas (2011). Korang mesti pelikkan...ada ke raya pertama orang pi mandi manda...tak pernah di buat orang...hahaha..sebab orang tak buat la kami buat...hehehe...kami pi sana pun da petang...masa kami pi tu pun tak ramai orang, cuma yang ada pun bangsa india dan ada la 2 3 pasang couple...maybe sebab raya kot orang tak ramai datang...maklum la musim raya... M acam mana kami boleh sampai sini? Mulanya kami tak tau nak pi mana, cadangnya nak raya umah pakcik tapi dia tak da kat umah...so da bosan tak tau nak buat apa kat umah, pastu kesian kat adik² tak beraya lagi ke mana², prince (hubby) saya pun bagi cadangan ajak pi mandi...apa lagi bila adik² saya yg kecik² yg 3org tu dgr...seronak la...cepat² diorang bungkus baju untuk buat basahan... S ampai sana je prince (hubby), beli la air dan jajan skit untuk di kunyah² ketika lapar nanti. Prince (hubby) pun beli la sebiji bola angry bird untuk adik

♥ #2 WORDLESS WEDNESDAY - telekung bunga biru ♥

Image
Assalamualaikum Apa maksud   Wordless Wednesday  ? Maksud   Wordless Wednesday :  Setiap hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan semuanya.   Untuk tahu lebih lanjut anda boleh  KLIK SINI   ♥ Princess and Prince Story ♥      ♥ Kalau anda suka boleh ♥ 

♥ Puteri Nur Alia Natasya - Mini Konvokesyen ♥

Image
Assalamualaikum P uteri Nur Alia Natasya adalah nama di beri kepada adik saya yang paling bongsu, nama panggilan nya, kami semua panggil tasya @ kadang² panggil alia. Paling manja dengan semua org terutamanya ibu kami dan adik saya yg no 3 & no  5.   D engan saya manja jg tapi xde la lebih² manja sebab saya ni garang kot...maklumla saya anak pertama so kena tunjuk ketegasan skit pada yg lain. Bukan apa untuk kebaikan mereka jg. Kami ada 9 beradik. Dan saya yang sulong dalam 9 beradik. Dibawah saya ada 4 adik lelaki dan 4 adik perempuan.. 1) Nur Afridayati binti Ismail 2) Putri Nur Aini binti Ismail 3) Muhammad Firdaus bin Ismail 4) Nur Mainsetiaputeri binti Ismail 5) Nur Dianna binti Ismail 6) Ahmad Syukri bin Ismail 7) Muhammad Putra Alif bin Ismail 8) Muhammad Putra Mansur Shah bin Ismail 9) Puteri Nur Alia Natasya binti Ismail Gambar semasa majlis adat istiadat MINI KONVOKESYEN (peringkat daerah larut matang dan selama di dewan MPT) alif (no 6), qausar, alia, & man (no

♥ #1 WORDLESS WEDNESDAY - bila saya pakai lens ♥

Image
Assalamualaikum Entri pertama saya untuk WORDLESS WEDNESDAY Mungkin berkaitan dengan entri ini   KLIK SINI Apa maksud  Wordless Wednesday  ? Maksud   Wordless Wednesday : Setiap hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan semuanya.   Untuk tahu lebih lanjut anda boleh  KLIK SINI   ♥ Princess and Prince Story ♥      ♥ Anda suka entry ini ♥