♥ Definisi kecantikan bagi saya ♥

Assalamualaikum

Ini entri pertama saya untuk tahun 2012 ni. Entri pertama saya pada tahun ni sy mulakan dengan mengJOINT kan diri dengan satu "CONTEST UTK BLOGGER DARI NATURACTOR COLLECTIONS". Walaupun saya xpernah lagi cuba sebarang produk dari Naturactor Collections saya tetap akan mengambil bahagian, siapa tahu rezeki saya kan @ kawan² yg senasib dgn saya.Saya cuma seorang 'silent readers' dan tahu produk dari Naturactor Collections ni melalui blogger² yg lain sbb saya rajin buat BLOG WALKING =). Saya mmg berminat untuk mencuba produk ni, cuma masa dan keadaan yg belum mengizinkan. Banyak review yg saya baca dari pelanggan² yang telah menggunakan produk ni, semua nya memberikan review produk yg positif.
Wahhh...panjang sungguh mukadimah saya ya, ok straight to the point.




"Definisi kecantikan bagi saya" 

Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing. Mungkin bagi saya cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda lain pula. Tiada siapa yang dapat memberikan definisi tepat tentang cantik. Mata lah yang akan mendefinisikan cantiknya seseorang itu.

Di sini saya huraikan beberapa kategori cantik yang diperkatakan oleh semua orang diseluruh dunia, cantik selalu dikaitkan dengan WARNA KULIT, KURUS, PLASTIC SURGERY@BOTOX, ALAT SOLEK@MAKE UP, SEKSI, BERKEYAKINAN DIRI @ BERAKHLAK MULIA.

Bayangkan betapa wanita wanita ini mahu kelihatan cantik. Betapa pentingnya menjadi cantik pada seorang wanita itu. Macam macam sanggup dikorbankan, wang ringgit, masa dan kesakitan yang perlu ditanggung untuk kelihatan cantik, bahkan hukum agama pun sanggup dilanggar demi cantik. Mereka juga tidak kisah jika perbuatan mereka di larang agama janji mereka kelihatan cantik.

Bagi saya cantik itu datang dari mata, dari mata turun ke hati, sebab itu kita suka orang atau barang yang  cantik. Cantik juga bukan sekadar di wajah. Tapi cantik itu dari ahklak dan keimanannya kepada PENCIPTA. Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita. Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya. Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu menjadi buruk sedangkan ALLAH menyukai kecantikan tapi biarlah ia berpada pada dan biarlah cantik itu kerana ALLAH.Dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam.

Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik. Perbaikilah akhlak diri, sekaligus anda akan kelihatan cantik pada pandangan ALLAH dan pandangan manusia. Bersyukur dan berpuas hati lah dengan anugerah ALLAH kepada kita dan gunakan sebaik baiknya hanya keranaNYA

-WALWAHUALAM-

tag:
memandangkan saya xde follower lagi, jd saya tag blogger yang saya suka follow,harap korang xmarah ye saya tag korang =)


Cara penyertaan:

1. Anda haruslah seorang BLOGGER yang mempunyai BLOG sendiri.

2. Mesti menjadi FOLLOWER kepada blog NC ini. Ada jugak hadiah utk follower bertuah tau! So, mmg xrugi follow blog NC ni :)

3. Letakkan banner "CONTEST UTK BLOGGER DARI NATURACTOR COLLECTIONS" kat bawah ni dan LINK kan ke blog NC.
4. Buat satu entry di blog anda yang bertajuk:


"Definisi kecantikan bagi saya" 


dan panjang entry tersebut hendaklah maximum 150 patah perkataan. So, entry tersebut (yg memperkatakan ttg definisi kecantikan tu) mestilah ringkas dan padat.

5. Tag sekurang2nya 3 org blogger lain dan make sure diorang tau ya! hehe :)
6. Tinggalkan link entry blog anda di ruang komen di bawah ni ya!

Tarikh tutup penyertaan: 1 Februari 2012




  ♥Princess and Prince Story♥
  Photobucket 
 ♥ Anda suka entry ini ♥
 

Comments

Popular posts from this blog

♥ Taktik mengurat isteri orang !!! ♥

♥ Kolej Yayasan Saad Melaka ♥

Renew lesen memandu