Assalamualaikum
Adakah anda mengalami gangguan sakit leher yang berterusan? Jika ya, kita perlu ketahui apakah kaedah untuk mengurangkan sakit leher bagi mengelakkan ia berterusan.
Apabila sakit leher, yang mampu dilakukan hanya memandang ke depan dan jika ingin melihat ke sisi, keseluruhan tubuh terpaksa digerakkan. Ramai mengabaikan sakit di leher kerana beranggapan lama-kelamaan, ia hilang sendiri tanpa perlu dirawat. Bagaimanapun, penting untuk kita memberi perhatian terhadap sakit dialami sebelum keadaan menjadi lebih memudaratkan manakala kos untuk merawatnya pula meningkat.
Ketahui tips kurangkan sakit leher.
- Melakukan senaman leher. Menjaga pergerakan leher penting kerana ia membantu mencegah masalah jangka panjang. Senaman mudah dapat membantu menguatkan otot leher dan memperbaiki rangkaian pergerakan anda.
- Lakukan terapi haba. Dalam tempoh 48 jam pertama selepas mengalami sakit leher, lakukan urutan ais selama lima lima hingga 10 minit di kawasan terjejas.
Untuk sakit yang berlangsung 48 jam atau lebih, tuam di kawasan terjejas untuk membantu mengurangkan kesakitan dan melonggarkan otot.
- Tidur dengan bantal dalam kedudukan lebih tinggi pada waktu malam bagi menyokong leher.
- Memakai pendakap leher. Ini digunakan hanya di bawah pengawasan ahli fisioterapi dan dalam masa singkat (dua hingga empat hari).Pengambilan parasetamol atau ibuprofen boleh membantu melegakan kesakitan. Jika sakit berterusan, segera dapatkan rawatan doktor. Mereka mungkin boleh merujuk anda kepada ahli fisioterapi jika perlu.Lakukan senaman, termasuk senaman leher, jika anda duduk dalam satu kedudukan untuk jangka masa panjang di depan komputer hingga membebankan otot di bahu dan leher.Selain itu, selalu regangkan lengan, pergelangan tangan dan jari atau bangun dan berjalan-jalan jika keletihan otot bagi mengelak ketegangan dan kecederaan yang mungkin berlaku.Cara duduk yang tidak betul, terutama ketika bekerja di depan komputer, boleh membebankan bahagian atas badan, sekali gus menyebabkan sakit belakang dan bahu. Langkah mengelakkan sakit leher ialah betulkan postur badan ketika duduk.
Melaraskan postur tubuh anda dapat membantu melegakan sakit belakang iaitu:
- Berdiri tegak dengan kepala menghadap ke depan.
- Pastikan belakang anda lurus.
- Mengimbangi berat badan anda sama rata pada kedua-dua kaki.
- Pastikan kaki anda lurus.
- Duduk.
Duduk tegak
- Pastikan kaki anda rata di atas lantai. Anda mungkin mendapati kusyen kecil berguna untuk menyokong belakang anda.Mengangkat dan mengendalikan barang. Mulakan dengan kaki anda iaitu sebelah kaki sedikit ke depan untuk mengekalkan keseimbangan.
- Apabila mengangkat, bengkokkan sedikit belakang, lutut dan pinggul anda, tetapi tidak berbongkok atau mencangkung. Kaki anda harus menampung tekanan.
Penting menjaga kesihatan terutamanya di bahagian leher. Jika mahu tidur, sila pastikan yang kita berada dalam keadaan posisi yang betul. Elakkan dari mengenakan bantal yang terlalu rendah bagi mengelakkan sakit di bahagian leher berulang.
sumber dari faiza ayu
♥ Princess and Prince Story ♥
♥ Kalau anda suka boleh ♥
Comments