Assalamualaikum Khamis yang lalu mak angkat elvina (yang jaga elvina waktu saya kerja) buat kenduri arwah, sempena bulan ramadhan yang bakal menjelang tiba. Kebetulan pulak pada hari itu 12.07.12 elvina genap empat bulan. Ramai sgt jiran tetangga yang datang baca yassin, sampai tak muat di dalam di luar halaman rumah pun jadi la. Kami tiga beranak datang lepas maghrib. Dekat rumah suami dah pesan, nanti sampai sana tolong makcik. Eceh macam jauh sangat la pulak rumah kami dengan makcik padahal satu taman je pun, cuma no jalan dan no rumah je yang lain. Memang pun sampai sana terus saya tanya ade yang nak tolong ke makcik?? Makcik pun jawab, tak de la semua pun dah siap, anak makcik yang masak. So kami datang tujuan untuk makan je la (kalau ye pun puasa tadi tak payah la nak tunjuk lapar sangat), tapi memang lapar. Saya nak masak kat rumah tadi tapi en suami tak bagi, dia kata kita makan kat rumah makcik je nanti. Orang orang yang datang untuk baca yassin pun datang lepas isyak,...