Posts

♥ Kenduri Arwah ♥

Image
Assalamualaikum Khamis yang lalu mak angkat elvina (yang jaga elvina waktu saya kerja) buat kenduri arwah, sempena bulan ramadhan yang bakal menjelang tiba. Kebetulan pulak pada hari itu 12.07.12 elvina genap empat bulan. Ramai sgt jiran tetangga yang datang baca yassin, sampai tak muat di dalam di luar halaman rumah pun jadi la. Kami tiga beranak datang lepas maghrib.  Dekat rumah suami dah pesan, nanti sampai sana tolong makcik. Eceh macam jauh sangat la pulak rumah kami dengan makcik padahal satu taman je pun, cuma no jalan dan no rumah je yang lain. Memang pun sampai sana terus saya tanya ade yang nak tolong ke makcik?? Makcik pun jawab, tak de la semua pun dah siap, anak makcik yang masak. So kami datang tujuan untuk makan je la (kalau ye pun puasa tadi tak payah la nak tunjuk lapar sangat), tapi memang lapar. Saya nak masak kat rumah tadi tapi en suami tak bagi, dia kata kita makan kat rumah makcik je nanti. Orang orang yang datang untuk baca yassin pun datang lepas isyak,...

♥ Mulakan hari anda dengan lemon dan air suam ♥

Image
Assalamualaikum Rutin pagi seseorang dilihat amat penting dalam meneruskan hari mereka sebelum pergi ke kerja mahupun memulakan tugasan sebagai pelajar. Tidak kiralah anda seorang ahli sukan, cikgu, pelajar mahupun suri rumah, kesihatan perlu dititik beratkan dan dijaga dengan sebaiknya. Jika kita di Malaysia , pasti ramai mengatakan bahawa memakan makanan yang berlemak seperti Nasi Lemak, Roti Canai dan juga minuman manis seperti Tea Tarik adalah kombinasi yang wajib. Namun tidak tahu apa penyebab dari pengambilan lemak dan gula berlebih mampu mengundang penyakit merbahaya seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan juga obesiti. Oleh yang demikian, cuba tukar rutin harian anda menjadi lebih sihat dan hargai setiap pagi anda dengan menghirup secawan air putih suam bersama hirisan nipis lemon untuk rasai kelainan dan kebaikkan kombinasi tersebut. Menambahkan tahan ketahanan dalam badan Lemon kaya dengan Vitamin C dan juga Kalium ( potassium ) yang amat diperlukan badan....

♥ Tips kurangkan sakit leher ♥

Image
Assalamualaikum Adakah anda mengalami gangguan sakit leher yang berterusan? Jika ya, kita perlu ketahui apakah kaedah untuk mengurangkan sakit leher bagi mengelakkan ia berterusan. Apabila sakit leher, yang mampu dilakukan hanya memandang ke depan dan jika ingin melihat ke sisi, keseluruhan tubuh terpaksa digerakkan . Ramai mengabaikan sakit di leher kerana beranggapan lama-kelamaan, ia hilang sendiri tanpa perlu dirawat. Bagaimanapun, penting untuk kita memberi perhatian terhadap sakit dialami sebelum keadaan menjadi lebih memudaratkan manakala kos untuk merawatnya pula meningkat.  Ketahui tips kurangkan sakit leher .   Melakukan senaman leher . Menjaga pergerakan leher penting kerana ia membantu mencegah masalah jangka panjang. Senaman mudah dapat membantu menguatkan otot leher dan memperbaiki rangkaian pergerakan anda. Lakukan terapi haba . Dalam tempoh 48 jam pertama selepas mengalami sakit leher, lakukan urutan ais selama lima lima hingga 10 mini...

♥ 6 tips kulit cantik dan sihat ♥

Image
Assalamualaikum 1. Makan makanan berkhasiat. Hindari atau kurangkan makanan yang mengandungi lemak dan berminyak. Kamu juga perlu menghindari makanan yang boleh menyebabkan punca kepada masalah jerawat dan berminyak. Contohnya kentang goreng dan minuman soda. Kamu perlu mengenalpasti makanan yang tidak perlu untuk tubuh kamu. Ini disebabkan setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza. Kalau rasa kamu makan coklat hari ni, esok timbul jerawat. Hindari dari makan coklat. Banyakkan makan buah dan sayuran. 2. Bersenam dan Minum Air Putih. Minum air putih lapan gelas sehari dan bersenam secara teratur. Siapa kata anda tidak boleh bersenam setiap hari? Kalau anda merupakan seorang suri rumah, peluang bersenam memang ada. Pastikan semasa mengemas rumah, tutup kipas atau aircond. Biarkan peluh keluar dari tubuh anda. Lakukan aktiviti menyapu, mengemas dan mop lantai sebagai rutin senaman di rumah. Selain anda sihat, rumah pun kemas kan ? jangan lupa banyakkan minum air kerana tubuh ki...

♥ Kalau perempuan tanya atau kata ♥

Image
Assalamualaikum Kalau perempuan tanya : Lawa ke budak perempuan tu??? Makna tersembunyi : Siapa yang paling lawa? I ke, budak perempuan tu? Kalau perempuan tanya : U dah makan ke belum? Makna tersembunyi : Jom pi makan. I lapar ni. Kalau perempuan kata : Lawa lawa baju kat sini yek Makna tersembunyi : Belikanlah untuk I. Kalau perempuan kata : Rasa macam nak pening lah Makna tersembunyi : Tolonglah picitkan kepala. Kalau perempaun kata : Letihnya hari ni, mana nak  masak, basuh kain baju lagi. Makna tersembunyi : Kita makan kat luar je lah ye, lepas tu tolong basuh kain baju sekali yek. Kalau perempuan kata : Kita lebih sesuai berkawan saje Makna tersembunyi : i dah tak nak dekat u, tak faham faham lagi ke? Kalau perempuan kata : I suka berkawan dengan u, u baik, bla bla bla Makna tersembunyi : Ish i rasa macam minat sesangat dekat u la, rasa macam nak jadi awek u je. Kalau perempuan tanya : U pernah tak teringatkan awek u yang dulu. Makna ters...

♥ Booties for Babies ♥

Image
Assalamualaikum Saya jadi geram la tengok semua booties booties cute ni, kamu semua mesti geram juga kan? ade sesiapa yang jual tak booties handmade yang macam ni?   ♥ Princess and Prince Story ♥     ♥ Kalau anda suka boleh ♥

♥ #13 WORDLESS WEDNESDAY - Gerai Afri & Putri di Bandar Baru Bukit Raja ♥

Image
Assalamualaikum Apa maksud   Wordless Wednesday  ? Maksud   Wordless Wednesday :  Setiap hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan semuanya.   Untuk tahu lebih lanjut anda boleh  KLIK SINI ♥ Princess and Prince Story ♥     ♥ Kalau anda suka boleh ♥